My Playlist

Thursday 18 December 2014

BBM3410~Tutor.

~TUTOR BBM3410~

Kalau nak cerita pasal tutor..Sepanjang mengenali tutor untuk subjek ini, Alhamdulillah mereka banyak membantu terutamanya Tutor yang diundang khas iaitu En. Ehsan. Beliau banyak membantu dan memberikan idea dalam melakukan pelbagai tugasan. Ternyata En.Ehsan banyak pengalaman tentang bidang Multimedia ini.

Untuk En. Faz dan Cik Ika pula, terima kasih kerana turut membantu kami sepanjang di kelas. Cuma kalau boleh, sebagai seorang tutor, kalian seharusnya mendalami lagi ilmu tentang multimedia ini. Maknanya, kami semua memerlukan ilmu yang secukupnya sebelum membuat sesuatu tugasan.


Saje nak koya..haha ni adalah salah satu gambar masa shooting video BBM3410 :)

BBM3410~Ceritera Sepanjang Perjalanan Kursus Bahasa Dalam Multimedia.

~Bismillahirahmanirahim~




BBM3410 Bahasa Dalam Multimedia penutup bagi Sem 7 dan juga kursus penutup atau kursus pengakhiran riwayatku di bumi Serdang. InshaAllah ada jOdoh kita sambung O_O ..Sambung sebab saing2 hahaha..

Ceritera bermula..haha..

Kelas BBM3410 di bawah penyeliaan Prof. Madya Dr. Normaliza Abd. Rahim a.k.a DrNOtts adalah kelas yang paling sempOOooii walaupun terlalu banyak tugasan. Tetapi..tugasan-tugasan yang bertimbun itu berjaya juga kami siapkan tepat pada masanya iaitu sebelum tarikh tutup hahaa walaupun pengalaman buat kerja last minute tu memang hobi aku dan rakan-rakan. Kerja terakhir dan yang paling terbaru buat last minute ialah Video Stop Motion yang mengambil masa selama 12 jam sahaja. hahahaha. Sempoii..12pm-12am akhirnya siap jua.

Kalau nak cerita pengalaman belajar subjek ni memang banyak..Walaupun banyak tugasan secara praktikal yang diberi, ternyata ianya amat membantu dan yang penting banyak pengalaman yang diperoleh sepanjang 1 semester ini.

Terima Kasih DrNotts. Jasamu sentiasa dikenang. Semoga sentiasa dalam keredhaan-Nya.


Saturday 13 December 2014

BBM3410~VIDEO STOP MOTION~

VIDEO STOP MOTION~OST FULL HOUSE~


YEAHHH! Akhirnya inilah hasilnya walaupun tidak seberapa tetapi yang penting bertungkus-lumus selama 12 jam tanpa henti kecuali berhenti buat sebab nak makan atau borak-borak dengan kawan-kawan atau 'kacau kawan' hahaha~ First time kOt belajar sendiri buat benda alah ni, kalau xfaham pun tanya kawan yang lebih memahami haha..tengOk dari youtube bagai..demi mu BBM3410 aku relakan jiwa.. o_o




Thursday 11 December 2014

BBM3410~HASIL SENI YANG TERLALU SENI~

BILLBOARD ATAU PAPAN CERITA

Hahahahah...inilah tugasan yang juga mencabar bagi aku sebagai seorang insan yang dilahirkan tidak berbakat dalam bidang seni lukisan. Tapi yang aku peliknya, dulu ambil subjek Seni selalu dapat A. Boleh je melukis. Tangan lembut kot masa tu tapi bila masuk universiti, tangan jadi keras tetiba. Haha. Tak pasal-pasal lukisan jadi macam cakar ayam. Walau bagaimanapun, ini adalah usaha aku dan ahli kumpulan haha. Aku rasa lukisan ni taklah teruk sangat pun. Boleh diterima pakai haha. Ni sebenarnya kami belajar buat 'billboard' untuk mempromosikan ais krim kami. Yummmy yummy! Jemput datang beramai-ramai ke kedai kami yang terletak di blok P3 Kolej 15 ok! ;)














Tuesday 9 December 2014

BBM3410~Tugasan Video Sepanjang Mengambil Kursus Bahasa Dalam Multimedia.

~Video Zaman Berzaman~haha~

Antara subjek yang paling banyak ke arah praktikal ada subjek Bahasa Dalam Multimedia. Ia merupakan salah satu subjek yang mencabar tetapi banyak memberikan pengalaman yang baru termasuklah berpeluang untuk berlakon ata menjadi 'artis' la konon..haha ceewahhh! Bukan calang-calang orang berpeluang untuk menjadi 'artis youtube' okey! iOulss jerr..uOlss x kan? :)



VIDEO FOKUS~KASUT/SELIPAR

Video ini juga boleh dipanggil video tanpa kepala atau tanpa wajah dalam jarak yang dekat. Hanya tertumpu kepada kasut atau selipar sahaja yang mempunyai makna yang tersendiri. Ala-ala makna semantik gituuuu~ hehe hanya budak-budak bahasa jer tahu apa itu makna semantik hokeyyy! Dalam video ni aku pegang watak perempuan tu la aka 'heroin' gituu..haha herOin yang curang tapi aku baik sebenarnya, xpernah curang! haha~ Sebagai info tambahan, ceewaahh..watak lelaki yang pertama atau lelaki yang naik motor dan yang pakai selipar jepun tu sebenarnya perempuan. Terpaksa pegang watak lelaki kerana kumpulan kami hanya berbekalkan pelakon wanita sahaja.. haha.. So, jangan salah faham la nampak heroin naik motor dengan 'hero' tu ok!



VIDEO SERAM~CERITA SUATU MALAM


Ini pula merupakan video seram yang tak berapa nak seram. Dalam video ni aku memegang watak sebagai 'orang yang ditakuti oleh hantu' hahaha.. Bajet berani la konon padahal aku memang lari cakkkkk cudaa (bahasa Kelantan) la kalau jumpa hantu. Ya Ampun..Mohon dijauhi perkara sebegitu :*(



VIDEO TRAGEDI~PSIKO

Hahaaa..video ni pun aku pegang watak sebagai pembuli. Haishh! Semua watak jahat kot aku pegang tapi best sebab kat luar xsemestinya kita boleh buli orang macam tu. Tak tergamak lah pulak kita nak buli orang ni kecuali ada seorang je kawan aku yang aku suka buli dan sakat habis-habisan. Dia ialah ...................... jeng jeng jeng! Haha biarlah rahsia.



VIDEO KUIH TRADISIONAL~VERSI KELANTAN~

Inilah kelebihannya belajar subjek Bahasa Dalam Multimedia dengan Dr. NOtts uollss. Selain daripada kami diberi peluang untuk berlakon, kami juga diberi peluang untuk tunjukkan bakat memasak haha..ala-ala chef gituu. Ini adalah hasil air tangan kumpulan kami yang dibuat khas semata-mata untuk subjek ni. Kuih-muih ini adalah resepi yang dibawa khas daripada negeri kelahiran kami iaitu KELANTAN. So, kalu nok resipi buleh la tengok video sek kawe ni. haha (kecek kelate skali skalo)



VIDEO DOKUMENTARI~BUDAYA PELAJAR ASING

Haaaa..Last but not least..Ini adalah tugasan video kumpulan kami yang terakhir untuk semester terakhir. Selepas ini tiada lagi..sOb..sOb..sOb..Sebak terasa.. T_T haha..Oklah selamat menonton!



Dan ini pula adalah 2 video yang tak dapat di post seperti post2 yang lain kerana masalah teknikal.

VIDEO ONE SHOT
https://www.youtube.com/watch?v=PripxA-U2t8

VIDEO 3 LAYER
https://www.youtube.com/watch?v=bdVhLFtk_yc

KESULITAN AMAT DIKESALI T_T



Thursday 27 November 2014

BBM3410~UpM dihAtikU~


Perkenalan Yang Begitu Singkat.


Segalanya sudah hampir ke penghujung.
Bulan November bakal melabuhkan tirainya.
Disember pula semakin menghampiri.
Mungkinkah Januari 2015 adakah pengakhiran bagi perkenalan yang 
singkat ini?
Segalanya hanya DIA yang mengetahui.
DIA merancang pertemuan ini.
DIA juga yang merencanakan perpisahan kita.

Sahabat BLM,

Kalian adalah kenangan yang akan sentiasa tersemat disanubari terutamanya 'geng AdikLalai'.

Friday 7 November 2014

BBM3410~DrNotts: Jalan-jalan Cari Makan di Korea.

Kerana DrNotts, `Jalan-jalan Cari Makan di Korea` dipilih sebagai tajuk untuk post kali ini~hehe~Kerana Terpaksa Aku Relakan. Ecehh, macam tajuk drama la pulak! Oklah, hanya 3 makanan ini saja yang aku biasa dengar daripada rakan-rakan yang memang minat dengan dunia Korea ni. T_T tapi aku...pernah makan kat Seoul Garden je..
Kimchi
kimchi stew
Gimbap
kimbap
Soondubu Jiggae
soondubu jiggae
Ni hahh..Hasil makanan yang dijumpai di Seoul Garden..Biasalah, budak jakun..hehehe..tapi ni lebih ke arah makanan Jepun tapi aku sambar jer gambar ni sebab aku pernah rasa benda alah ni walaupun sikit je.. -_O

Tapi yang paling besttttt..Blog DrNotts..kerana kat situ aku boleh tengok bermacam-macam lagi makanan Korea yang pernah dirasa/dimakan sendiri oleh DrNotts. Nampak sedap je, tapi tak berani nak makan mungkin sebab selera aku yang betul-betul ke arah ke kampungan sangat. ~haha~ Sebelum tu, nak mintak maaf banyak2 dengan DrNotts sebab pinjam gambar DrNotts yang paling cute ni. Muka pun dah ala~ala Korea gituu :)
Peace No War! ~heheeh~